Monday, October 25, 2010

Simple Waffle

salam uols.
hari ni aku nak berkongsi resepi.
sekian lama suda ni,
tapi line broadband aku mengada-ngada sikit,
jadiknya baru ni hari dapat kongsi.
oke lah,
seperti yang tertera pada tajuk utama.

SIMPLE WAFFLE aka WAFEL RINGKAS.
resepi ni memang sesuai untuk pengemar2 wafel yang rangup,
tapi lembut didalam.
orait,
suda sedia periuk belanga nya?
jom kita mula!! ^^

bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah :
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
2 biji telur
1 sudu mentega/majerin
1/2 sudu minyak sayur [kalau x ada pun takpa]
1 cawan air / susu segar / susu cair [ikut suka]
sedikit esen vanila [untuk aroma sahaja]
1/2 sudu teh baking powder
sedikit gula & garam sebagai penambah rasa [ikut suka]

[note: pastikan cawan untuk tepung & air adalah cawan yang sama saiz yaa]

ok,
mula-mula tu :

pukul telur sampai berbuih-buih.

kemudian,
masukkan baking powder, esen vanila, garam&gula, mentega/majerin dan minyak sayur [jika ada].
kacau dulu sampai sebati.

lepas itu,
masukkan air dan tepung [tepung gandum & tepung jagung].
kacau lagi sampai semua bahan bersatu dengan cantiknya..

sekarang,
panaskan waffle maker [kalau xda wafel maker, masak ala2 pan cake aja pun bole la hihi ^_^]
bila waffle maker da panas & ready, tuangkan aduan di acuan [jangan sampai tumpah yaa].

tunggu sampai masak [coklat perang2]

tadaa!!

wafel yang dah masak akan nampak keras diluar tapi lembut didalam.
lepas tu, uols sapulah dengan jem2 kegemaran uols.
my faveret ever,
wafel + coklat spread
wafel + butter kaya

pergghhh!
menjilat piring.. hihihi

baru2 ni aku try letak eskrim coklat,
sadap oooo

selamat mencuba!!

pstt: gambar akan diattachkan kemudian, nda sempat amik gambar, sbb suda awal masuk mulut..hihikhiik


Blogger Templates

No comments:

Post a Comment