Wednesday, October 17, 2012

ikhlas

Salam,
Aku belum dapat mengikhlaskan hati aku untuk redha.. Allah ampunkan aku... ;(

Tuesday, October 16, 2012

Terang dalam gelapku

Salam.

Pernah dengar lagu ni? Opkos la pernah. Siapa tak pernah, main jauh-jauh. Hehe gurau.
Serius, 1st dengar masa dalam kereta suami ku. Wah! Dia beli cd Ungu nda bagitau aku. Takpe-takpe. Takut aku cilok la tu.. ggrrrrrr

Banyak-banyak lagu, lagu ni paling tacing..haha
Bila dengar sama-sama dengan si suami terasa macam zaman bersinta dulu.
Kuikuikui.. >.<



Oh suamiku kaulah terang ku..
Kaulah lampu suluh ku..
Kau pelita api bagai..
Haha

...................
*korang muntah*

Jadi saya dedicated lagu ini untuk sang suami tersinta.,
Encik A.S 
Dengan ucapan...,
.
.
.
.
.
.
TERIMA KASIH FOR BEING A GOOD, LOVEABLE, CARING HUSBAND dan..
TERIMA KASIH SEBAB BELIKAN WASHING MACHINE BARU automatik lagi..hikhikhik (boleh2 menyempat lagi.. adehhh >.<)


Akhir kata I LOB U A.S ♡♡♡♡♡


Terima kasih kerana sudi membaca :)

Lukis doodle lagi

Salam.

yuhuu!! saya lukis doodle lagi. nampak sangat keBARUan kan ? kan ? kan ??? huhuhu
memang kalau baru pandai buat doodle ni, malar ituuuuuuuuuuu sajala yang dibuat kan. Sampai muntah-muntah darah la ko melukis kan. haha.

banyak lagi yang kena perbaiki. Insyaallah nanti saya akan buat tutorial ok ?
layan gambar-gambar doodle saya yang tak seberapa ni dulu...

terima kasih kerana membaca :)

Sunday, October 14, 2012

Doodle saya

Salam.

Saja mau tayang header baru yang nda seberapa itu.. huhu.
Saya baru ., atau lebih tepat 'keBARUan' lukis doodle kerana itu saya sangat semangat sedaya upaya melukis doodle yang ada iras-iras diriku, tapi gagal. Huehuehue
Ndapala, janji ada :-)
Masih sangat kasar dan insyaAllah akan diperbaiki lagi.
Bila saya suda teror barulah saya tunjuk macam mana saya buat doodle saya. Itu pun  kalau saya teror la. Hikhikhik
Kerana semangat melukis, saya nda sedar sekarang mau masuk jam 4 pagi!! Patutlah rasa mamai semacam :-)
Okla, saya titun dulu. Gud nite eberibadi! Eh masi nite kerr??

Terima kasih kerana membaca :)
*
*
*
*
*
*
Pengsan ZzzZzZzZZzzzZzZzzzzzz

Monday, October 8, 2012

Mahu makan sate ?

Salam.
Hari ni teruja post pasal makanan. i am food lover kan katanya. Tapi saya sedang berdiet dalam usaha menurunkan berat badan. Berusaha mendapatkan zuriat juga. Doakan saya ya :) terima kasih :)
Walaupun diet tapi hari ni rasa macam nak makan yang berat-berat sikit. Kalau teringin makan, jangan tahan nafsu makan kan, jadi saya pergi Restoran encik A. mula-mula ambik sate 5 cucuk.. hehehee
lepas tu order mee tomyam special. Serius sedap nyum nyummm!! lagi sedap bila makan free!! hahha
okla. Kepada yang ingin makan sate dan kebetulan berada di Beaufort Sabah jangan lupa singgah makan sate di Restoran Brunei Satay House. Kalau tak tahu dimana tanya saja orang-orang tempatan gerenti tahu :) ada 2 cawangan yang satu terletak di seberang sungai Padas sebaris dengan Klinik Permai dan Singer. Yang tu Restoran Brunei Satay House 2 namanya. Kakak ipar yang urus. Datang jangan tak datang..

promo restoran keluarga kejap :))

Terima kasih kerana membaca

Masterchef Malaysia

Salam.
Saya suka tengok Masterchef. Saya suka iklan yang ada chef Ezani tu. tapi dalam MC2 ni saya tak suka Dean. Dean busuk hati mulut jahat. Sekian terima kasih :)

psst: saja-saja je buat post hehehe

terima kasih kerana membaca

Sunday, October 7, 2012

Makan Sushi

Salam.
Kemarin turun KK (Kota Kinabalu) dengan kakak & cousin. Jadi terus ke 1B sebab nak melantak sushi kan. mengidam sangat sebab dekat Beaufort takde Sushi King hahaha
Ngam sangat kami memang lapar tahap kebulur jadi takde singgah-singgah shop lain lurus je pegi Sushi King. Lapar katanya.
Sampai je order green tea untuk 4 orang dan sesi melantak pun bermula. Serius melantak tak sedar tau. Dari perbuatan kami yang kelam kabut grab sushi dari benda berpusing tu, memang tak ingat. Entah-entah uncle meja sebelah naik heran tengok kami macam berlumba-lumba nak makan. Lapar uncle, sabar ajela ya..
jadi yang lain-lainnya layan aje la gambar seterusnyaaaa...



terima kasih kerana membaca :)
Feveret ni, tapi tak tau nama...
Kelaparan tahap melantak
Feveret juga.. isi ayam goreng dililit keju ..
Akak sorang ni 1st time makan sushi tapi bole masuk.. bagus-bagus
Sesi mengira bajet dan isi piring-piring yang telah dibaham haha
Ni pun sedap.. isi ketam

Friday, October 5, 2012

Wordless Thursday : The BM

Thursday, October 4, 2012

Apa itu ?

Salam.
Jeng..jeng..jenggg hehheehee 😄
seronoknya rasa dalam hati bila benda yang diidam-idamkan berada dalam genggaman. hehe over nya aku. cuba tengok, apa itu??
dapat teka? ok, itulah dia BM atau Bread Maker. sebenarnya hari tu aku mau buat post pasal pasal wishlist untuk bulan oktober. Pastu semalam saja ingat-ingatkan encik A tentang 'janjinya' itu.. skali lagi jahat nya aku 😁
Jadi pagi tadi bangun awal sebab mau pergi pasar beli barang dapur, then encik A request aku singgah jap tempat kerja dia untuk ambik duit belanja. aku pun lenggang-lenggang kangkung sebab mau kena bagi duit kan .. siapa nda suka? 😜
lepas bagi duit belanja, tiba-tiba encik A bagi duit lebih ratus-ratus. Aik? apa kah ini? dapat bonus ka? rupanya suruh aku pergi beli BM .. cair akak 😍 tak sangka encik A mengotakan janjinya dalam jangka masa yang cepat. Sebenarnya, aku memain saja tak sangka pula dikabulkan. ooo sukaaaa!!
BM ni aku beli dari Cosway brand Empress. aku ahli tegar cosway jadi dapat murah sikit la. Harga retail RM400++ tapi kalau member dapat RM309 + 5RP. kalau guna 72RC boleh dapat free. kira redeem la. tapi RC aku belum banyak lagi jadi guna RP la.. huh, panjang cerita tapi kalau belum nampak hasil rotinya tak guna jugak kan? hehehe okla. nanti aku sambung lagi next entry sekali dengan gambar rotinya. hehe tak sabarr !! 😝

terima kasih kerana membaca :)

Wednesday, October 3, 2012

This is not a wordless Wednesday

salam.
terlalu lama blog ini bersawang.. hari ini aku kembali!! hhaahha
nekad aku akan kembali aktif bebelog. tengok! background pun suda tukar. banner pun tukar. nama pun tukar! aiyaaa
saja-saja tukar selera la kunun.
post for this early october 2012 ialah,
muka sangap si mucici makan rumput. teringin jadi kambing tu la pasal.
okla. ini merapu.

terima kasih kerana membaca :)