Sunday, December 26, 2010

my Breakout skin

Salam..,

urgghhh..,
i got skin breakout.
crazy breakout!!
almost 2 weeks. yayy!!
hate it very much.
pimple + itchiness over the face.
i cant find the reason [bcuz de makeup?? naa, i dun think so]

-from google-

gonna postponed all my activity.
no makeup, no bbcream, no foundation,
no whut so ever..
i really missed my skin.,
owh please get well so soon ;(

and oso,
i miss my make up + ing session.
need filming the new video.

do you have any petua??


Blogger Templates

Update status facebook via Blogspot

SALAM

Gosh!!
hari ni aku belajar new lesson,
camna update status fb via blogspot.
itu pun my bestie c Fya Zainal [sila promot aku balik hahah] ajarkan.
lepas tu habis wall facebook aku penuh update status via blogspot.
jakun la sangat !!
hahahah





Btw,
aku pun nak ajarlah skit camna nak buat.
harap2 uols suka.

JOM!!

----------------------------------------------------------------------------


Langkah (1) :
sila copy code DISINI

Langkah (2) :
sila paste code ini di HTML [cari dekat add gadget]

Hasilnya :

TADAAAA!!!



[yang ni sesuai untuk update status dari blog uols]

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Langkah (1) :
sila copy code DISINI lagi

Langkah (2) :
sila paste code ini di HTML/java script {cari dekat add gadget]

Hasilnya :

TADAAAA!!!



[yang pulak sesuai untuk update entri baru]

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

so my prens,
selamat mencuba

GOOD LUCK :)


P/s : seronok dapat update status direct from blog.. :)


Blogger Templates

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha

salam semua.
Selamat Menyambut Raya Haji..
Semoga semuanya bergembira dihari mulia ini.
yang bawa kereta,
berhati-hati di jalan raya.
ingatlah orang yang tersayang.

yang makan rendang.,
ingat-ingatlah diriku disini..hehehe



can..cin...cau..!!

Blogger Templates

Monday, October 25, 2010

Simple Waffle

salam uols.
hari ni aku nak berkongsi resepi.
sekian lama suda ni,
tapi line broadband aku mengada-ngada sikit,
jadiknya baru ni hari dapat kongsi.
oke lah,
seperti yang tertera pada tajuk utama.

Tuesday, October 19, 2010

Saya mahu menjahit

salam uols.
ok, last week aku ada bagitau mau masuk kelas menjahit.
well,
semangat itu sangat berkobar-kobar.
malangnya....,

Photoria part 1


sharing some of my captured.
capturing..,
editing..
its all about my other passion.


Sebenar aku : Independent & Defensive

salam uols.
hari ni tiba-tiba terasa hendak berkongsi.,
serba sedikit tentang diriku..[aisehh].
tapi kongsi yang general jak la.
no paswud akaun bank, no paswud fesbuk ka..

Saturday, October 16, 2010

baik hati


salam u oals.
tengah buat apa?
saya baru bangun tidur.. hikhikhik..
tiada la..
tengah surf2 intenet, 
baca2 blog orang..
then tadi adalah terbaca blog sorang hamba Allah ni..
my 1st word,
KESIAN.
 kenapa?

Saturday, October 2, 2010

tiada cerita..tiba-tiba menjahit??

its been a while..
sangat lama tidak menulis.
tiada apa yang ingin ditulis..
dan tiada apa yang ingin dikongsikan..sebenarnya..

Monday, July 5, 2010

Morning Banana Diet

Salam semua.
hari ni mari kita bercerita tentangPISANG..
yaaaa PISANG dalam bahasa inggerisnya BANANA.
(^____________^) V


gambar ehsan google :)

tadi aku sangat bizi mencari resepi2 yang sesuai untuk berdiet.
yala, asyik makan benda yang sama hari-hari,
rasa macam nak termuntah pula aku rasa..huhuhu

oo yaa.,
sebut pasal nak termuntah ni,
tadi telah berexperimen dengan produk HL.
aku ada buat sedikit research dekat youtube,
cara2 nak buat shake yang sedap,
salah satunya adalah dengan menambahkan pisang.
aku tengok orang tu buat,
macam sedap jak.

shake pisang
nampak macam sedapkan 
gambar ehsan google

kembang liur aku menahan rasa..,
terus call husband minta beli pisang..hehehe
then dipendekkan cerita,
pisang suda ada, apa lagi ANTAM SAMA DIA..
dengan angkuhnya(bidaa nya ayat hahahah)aku me'MIX'kan semua bahan.
bila suda siap,
shake tersebut menjadi sangat pekat ya..(macam muntah YAKKKKKKK!!!!)
tapi buat kool.
sedap ni..(bagi sedap hati la konon)
try teguk.,
MASYAALLAH!!
sumpah aku tak mau lagi tambah pisang.
sudah la pekat, rasa macam semacam ja.. duiiii
kena minum juga lah, 
sayang tu shake mahal..hihihi
tapi last2 aku buang juga..
tak sanggup mak..
kalau korang rasa ada hati mau try buat shake daripada pisang.,
cuba lah kalau berani.. HAHAHAHA ^^

pisang goreng memang sedap.. (air liur menitik..hahah^^)
gambar ehsan google

****
maka cerita aku tersasar sikit.
tumpuan utama nya masih tentang subjek yang sama,
tapi bukan shake pisang ya..
tapi buah pisang itu sendiri.
seperti yang aku tau (esemen, baru baca tu la aku tau..hehehe)
pisang merupakan buah yang terbaik di dunia untuk badan kita.
ianya mengandungi 3 gula utama yang diperlukan oleh tubuh kita(berlagak pandai ni..:p)
tapi aku tak ingat la nama2 saintifik gula2 tu.. huhuhu
pastu pisang ni tinggi dengan serat.
antara kebaikan pisang ni,
boleh membantu sistem penghadaman.
jadi bagi sesiapa yang lemah sistem ni,
sangat2 lah di syorkan makan pisang.
i gerenti u mesti ------->> ke toilet punya..^^

sebenarnya tadi aku tengah nak google pasal shake HL tu,
then terjumpa pla dengan kisah si pisang ni,
dan tentang MORNING BANANA DIET.
diperkenalkan di Jepun pada tahun 2009,
pastu memang top la kaedah ni untuk tujuan diet.
ada artis jepun tu guna carani memang berat dia turun dan slim melim gitu..
(aku baru tau..huhu..aku ketinggalan ke?? ^^)
caranya sangat mudah, 
 bangun pagi amik 1 atau 2 biji pisang---->> makan.
pastu minum air suam (tak panas dan tak sejuk).
bila makan ni sure kenyang sampai tengahari(aku belum try pon..hehe).
pastu, 
masa nak lunch and dinner
baru boleh makan dengan sesuka hati nya
TAPI,
control2 la sikit portion meal korang.
karang,
bukan tambah selim,
tambah selam la pula..hahaha ;p

gambar ehsan google


korang kalau nak diet try test la..
mana la tau berkesan..
aku pun nak try esok.
semoga berat badan anda dan aku sekali turun..
he..he..he

(^______________^)v

Wednesday, June 30, 2010

Puasa & Baking Life

salam buat semua.
hari ni saya puasa.. qada puasa.
biasa la kan orang perempuan..
lagi-lagi mau dekat puasa ni.,
bayarlah segala hutang-piutang yang lalu ya..
hehehe..

semalam niat awal-awal.,
takut terlupa macam hari tu..
hahahahahampeehhh!!
konon aku semangat mau puasa esok,
sekalinya KENSEL.. 
sebab nda tebangun sahur..
edededehhh..

so,
hari ni puasa la.
lemah gemalai ja aku di rumah ni sorang-sorang..
pastu gatal-gatal tangan online cari resepi.
pastu sendiri juga telan-telan air liur menahan rasa..
wahhh!!
yang paling nda tahan,
KUEH TIAW BASAH!!!!
mak mau berkali-kali lah juga aku telan liur..
hahha
malamnya terus minta hubby bawa makan di restoran.
lepas hajat..
Alhamdullilahh..
burrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..
OPS! excuse me.. ^_^ v

*****
itu cerita tentang puasa.
sekarang cerita tentang BAKING LIFE.
OMG!!


i like this game very-very de much!!
sudahlah pasal buat-buat kek..
ada cupcake comel lagi...
memang I LIKE!!


kemarin adalah hari pertama aku main,
then sekarang aku suda level 6,
dan kedai cantik (bwekkk puji diri sendiri hihihi ;p)
kedai bakery aku ni,
kaler pink-pink tau..
aku kan suka kaler tu..
lagi lah tambah kecumilan ^^

pastu aku ada 3 orang worker yang sangat bertauliah..,
dan yang sanggup bekerja tanpa GAJI.
kawan-kawan kan.. heeee ;p

ni lah pekerja-pekeja aku yang sangat gojes :)

cik Fya Zainal

cik ichie (hehehe ichie jangan ko marah :)

mdm Ct. Mariam (my ex-lecture :)

it's me ^0^ v

Thursday, June 24, 2010

S.E.N.S.i.T.i.F kerr ???

salam semua..

hari ni aku ada feel untuk menulis..
tentang.,
perangai baru aku ni -->> MRS. SENSITIVE
orang bilang..

blurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...
aku pun perasan lah.
2 3 minggu ni,
perasan sensitif aku semakin membuak-buak gitu..
                                                                               
kalau husband cakap salah sikit --->> aku merajuk cam minta puji
kalau kawan-kawan salah cakap sikit --->> aku merajuk x mau layan sms or call
kalau my sibling cakap salah sikit --->> aku simpan rasa dalam hati...

ermmmmmm
kenapa dan mengapa?


gambar ehsan GOOGLE

ENTAHLAH....


Sunday, June 20, 2010

hari ini hari minggu yang...?

salam..

gambar ehsan google

hari ni aku menulis dengan mood
BENGKAK HATI!!!!
di hari minggu,
pagi-pagi buta suda start stress.,
last-last tumpah air mata.

urmm.,
sesungguhnya aku 
TIDAK SUKA KERJA MENAIP!!!!!

aku suka bekerja dengan laptop,
tapi jangan suruh aku menaip..
itu kerja orang-orang yang boleh menaip dengan cepat
dan tangkas.
 but not me..

OK?!

sekian terima kasih <<-- luahan hati yang bengkak di pagi hari
(T.T)

Sunday, June 6, 2010

'kestressan' + 'kedietan' = 'kemerapuan'

* gambar ehsan google*


salam manis,
untuk semua..pembaca setia, dan juga si silent reader..hukhuk

sekarang,
di saat aku tengah menaip ini,
kepala aku SANGAT SAKIT!!
leher sengal bagai disentap-sentap.
wah.,
sayangku tulong urut.. *wink-wink* ^^
(sempat juga...)

punca 'kestressan' aku ni,
tidak lah dapat dikenal pasti..
kerana.,
minggu ini adalah minggu 'saat-saat getir' bagi aku.
minggu mendera otak..,
dengan pengetahuan-pengetahuan am,
berita-berita semasa..
dan juga 'merefresh' kembali
asas-asas akaun yang aku hampir lupa..
juga tidak lupa,
mengasah skil menjawab yang hebat,
dan,
skil 'kekonfidenan' yang tinggi..
hua..hua..hua..
(cam minta puji..huhh..)

atau mungkin juga..,
'kestressan' diri aku ni.,
berkaitan dengan 'program diet' ku..
yang...
ho..ho..ho..
i like dis topic very much
(kepala memang x tentu suda ni.. merapu-merapu..dan merapu.. dehh!!)

TAPI,
tidak mengapa..
aku yakin boleh mengharunginya dengan,
TENANG dan SABAR..
insyaALLAH..

ya ALLAH,
permudahkanlah urusanku..
amin ya Rab..

Friday, May 28, 2010

wanna melt wif me??

salam manis semua..
 sekian lama tidak beblog, hari ini aku terbuka hati kembali.. huhu..
bukan apa,
selama ni memang banyak yang ingin ditulis.,
tersimpan lama dalam hati,
akhirnya terkubur begitu saja..

ok.ok..
sekarang aku nak cerita tentang perkembangan terbaru,
tentang kehidupan aku,,
selama aku stop beblog jap.

well..,
aku still TIADA KERJA,
still stay rumah dan be DESPERATE HOUSEWIFE..
hahahhahaha

dalam aku bertapa,
kuikuikuii..
aku buat biznes skit2..
jual tudung (new stok coming soon.. visiit my FB ya!),
baking cup cake..

urrmmpp,
cerita pasal baking cake..,
syukur juga la nak.
ada juga sambutan..
dan ramai juga menempah dengan aku.
sampai aku terfikir nak amik pekerja pula..
hahah prasan!!

dan baru2 ni,
ada customer nak tempah cheese kek dengan aku..
ayooo!!
gabra jap mak..
iyalah, buat cheese kek ni memang cam FAIL aje..
masuk 2 kali aku bake,
semua pun ANCURRRR..

tapi aku terima gak,
sambil baca2 doa yang patut,
aku start mengadun..
campak itu ini..
masuk loyang dan 
steam(kukus)..
*ya, my version kukus punya..
memang my signature sejak zaman sekolah menengah lagi.
buat kek mesti kukus punya.
ini adalah kerana ketiadaan oven..
hahahah
tapi, 
kukus punya sedap juga BAHHH!!*
(^0^)

ok, tersasar cerita aku..
sambung balik..
then aku menunggu dengan penuh tabah dan tatasusila..
setengah jam gitu,
aku cek keadaan kek.,
dan
WALLLAAAA!!
sangat menjadi dan sangat cantik..
aku hampir pengsan menatapnya..
(biul nak mampus acting aku kan hoho)

walaupun tidak seperti cheese cake di kedai 'RESEPI RAHSIA aka SECRET RESIPE',
yang penting SEDAP beb..

soo.,
inilah hasilnya..
i called it ' wanna melt wif me?' cheese cake..
its my own version..
hehehe

NIKMATILAH..


Monday, February 1, 2010

Berhenti

Salam,
aku dah berazam.
yang aku akan kurangkan melayan fb 
dan apa2 saja rangkaian network
yang seumpamanya.

sebab=
1. aku dah bosan
2. aku sakit hati
3. aku dah malas..

aku rasa dalam hidup ni banyak benda lain
lagi nak buat.
kadang2 kerana sgt sbuk melayan fb..,
kerja lain tak siap-siap.

kadang2 terasa nak delete akaun fb.
tapi nda payah la kali..
aku just nak mengurangkan on9.
sekali sekala saja kot..

oklah.
tu ja untuk kali ni.
bukan ada orang baca gak pon..
ermmm..

wasalam.

Thursday, January 28, 2010

Melihat hidup

salam semua.
masa menulis blog ini,
entah kenapa terasa tenang.
terasa terawang-awang.
mungkin sebab layan lagu jazz,
buat aku rasa ringan.
(walaupon aku ni berat..hikhikhik..)


umur semakin meningkat.,
pemikiran makin berat.
fikiran makin jauh ke depan..,
kadang2 berfikir 20 tahun ke depan.
ooohh!
sangat jauh dan beratnya.!!


tapi apa kaitan dengan tulisan aku kali ini?
(aku merapu ka ini??)


****
begini,
kalau kita re call post2 yang lalu,
aku share benda2 yang negatif.
maksud aku,
problem2 global aku.,
takde kerja,
takde anak,
and maybe,
no life??????


tapi setelah beberapa minggu kbelakangan ni,
aku muhasabah diri.
aku belajar mengenal erti 
hidup ini.


dari situ aku tahu.
manusia ada bermacam2 ragam.
tak semestinya kita boleh jadi,
macam orang tu jadi.
 kan?kan?kan?


takdir kita tak semestinya
kena sama dengan orang lain.
rezeki dan nasib kita 
tak semestinya sama dengan orang lain.


orang lain berjaya,
kita masih dibawah.,
tak bermaksud kita gagal.
tak bermaksud kita tak guna..
mungkin belum hari kita.


mungkin kita belum terokai
diri kita sepenuhnya.
sebab tu kita belum kenal 
positif dan negatif kita.


dari situ aku belajar menerima.
mungkin aku terlambat sedikit.
tapi tak apa.
sebab aku yakin dengan petunjuk Allah...
(^_')...





 ~ kalau memang takdir itu untuk kita, ia akan berjalan pada laluan yang betul... hati tak suka, tapi siapa tahu hikmah disebaliknya? kuasa Allah semuanya...



....

Sunday, January 24, 2010

~ Blog baru saya : BB Cute Corner ~

Salam manis buat semua.
(^_^)


saya dengan ini (esemen, cam nk bt pgumuman raya pla..hik2),
nak umumkan yang saya dah buka
blog baru khas untuk biznes baru saya.
Hope u all suma,
rasa gembira melawat blog saya itu..
hikhikhik..


dan support la usahawan muda
cam aku ni..

(muda lagi kerr??..hukhukhuk)
di jamin berkualiti dan harga pon sangat berbaloi..


HAPPY SHOPPING!!



Thursday, January 14, 2010

hidup yang sesak..(aku sebenarnya yang sesak....)

..sakit kepala aku..
setiap malam asyik benda ni je lah yang aku fikir.
teringat-ingat,
macam orang angau.
terkenang-kenang,
macam orang sasau..(erk? jangan la sasau plak..)

bila lah ye?
aku nak pegang jawatan ni??
bila nak dapat kerja nii!!???!

bosan menunggu.
resume dah hantar..
asyik-asyik aku dengar 'nanti kami akan panggil temuduga'
benci.
satu temuduga ponn belum ada lagi.
penipoo..
nak sedapkan hati orang la tu!
kalau aku tak layak,
inform lah..
tak payah la aku tertunggu,
macam tunggu bulan jatuh.
h'uhh!!

kadang-kadang aku fed up.
orang lain dah maju ke depan,
aku masi di tempat yang sama.
bila aku dengar/baca orang makin advanced,
aku malas nak habis baca, nak habis dengar.
buat aku macam orang bangang.
macam aku tak pergi sekolah.
sekurang-kurangnya aku ada diploma la!!
amik la aku kerja..!!
(cam desperate+bengong+menyampah kan aku? T_T )

semua ni buat aku jeles,
dengan hidup orang yang ada kerjaya.
sekurang-kurangnya dorang ada hasil.
bangga mak bapak.
ada duit sendiri.
aku??
nak bayar ptptn pon tak lepas..
sesak..
sesak...
sekali lagi read my lip..,
SESAK!!!!
(T_T)


* ada kaitan ke lagu ini dengan diriku? arhh, layann aje lah..*

Sunday, January 10, 2010

~ aku yang serba tiada ~

.. aku tak pandai berpuitis.
tapi malam ini hati aku seperti ingin berkata sesuatu.
mungkin ini bukan puisi.
bukan puisi.
tapi lebih kepada bisikan hati.,
....

hati aku,
perasaan aku...
memang Tuhan saja yang tahu.

kadang-kadang aku tertanya,
kenapa rezeki belum berpihak dengan aku?
belum cukup kah aku mengingatiNYA?

atau aku terlalu meminta?
berbuat amalan untuk balasan.
mungkin aku tidak ikhlas..
aku tidak tahu.
untuk segala yang aku lakukan,
aku doa dengan penuh harapan.

mungkinkah Tuhan menguji aku?
haruskah aku terus tabah?

dalam hidup aku,
terlalu banyak benda tertanggung.
dan aku tiada jalan untuk selesaikan semua.
aku tidak nampak jalan itu..

kenapa Tuhan tak tunjukkan jalan,
atau mungkin aku lupa tuk' meminta...
sebab,
aku terlalu banyak meminta.
tidak setimpal dengan amalan yang aku buat..

tulisan ini nampak jahil.
aku faham..
ini cuma bisikan hati.
mungkin juga pengaruh syaitan..

Ya Allah,
ampunkan aku...



Saturday, January 9, 2010

menunggu = waiting (^_^)v

..kemarin pegi hospital..
walaupun masih demam, tetap tegar.
ha..ha..ha..(ketawa dengan nada perlahan..slow motion..)

pergi dengan my sisters~ cik alai dan cik hazwani@kaka.
tujuannya, untuk buka simen kat tangan cik hazwani.
kan patah, jatuh pokok rambutan.
tu lah perangai mengalahkan jantan..
h'uh..

* cik alai & cik hazwani *

kami start terpacak dekat hospital dalam jam 8.30 pagi.
ingatkan urusan nak buka balutan simen ni kejap aje.
sangkaan kami meleset sama sekali..
muka yang lawa.. mau buruk-buruk suda ni bahh.. adehh

* wah.. bulat sungguh muka aku..hua..hua..hua..*

* sesi buka balutan & selepas balutan dibuka *

lepas buka balutan..,
kena suruh tunggu dekat bilik kecemasan.
konon nak jumpa doktor untuk periksa keadaan tulang.

* lepas buka balutan, tunngu doktor..*

tunggu punya tunggu,
sambil tunggu kitaorang sempat gosip-gosip dan gelak-gelak sakan.
sampai ada sorang atendan tu tegur, kitaorang ketawa macam orang kena loteri..
ha..ha..ha..(nada perlahan juga.. ;p)

punyalah lama kitaorang tunggu.
seperti menunggu bulan nak jatuh..
sure tak jatuh punya..

tiba-tiba seorang pembantu perubatan tu panggil.."azwan? mana azwan?'
kami buat bodoh jer.. yelah. nama tu takde kaitan dengan diri kami.
kami sambung cerita lagi.. gelak-gelak lagi..
setengah jam kemudian,
pembantu perubatan yang lain keluar dan..'azwan mana ya? siapa azwan??'
tapi takde jawapan. dan macam biasa kami buat bodoh aje dan sambung aktiviti menunggu.

tetiba aku terasa ada something yang tak kena.
azwan dan hazwani(nama adik aku ni) kan cam serupa je.
pastu baru aku perasan yang nama tu ialah nama adik ku.
antu btul..
sempat lagi aku dan kaka aku, cik alai gaduh-gaduh.
'kau punya pasal la..'..kau lah..' 'tu lah mengumpat jak..'
dan bermacam-macam laagi kat tuduhan di lemparkan.
hahahahahah...

bila dah settle kes 'azwan' tu,
kami pun gerak ke bilik doktor..
doktor cakap 'ermm, tulang baru suda tumbuh, tapi jangan angkat berat-berat..'
bla..bla..bla..bla..

jam 11.30 baru semua urusan selesai.
dah sudah tu,
habis urusan hospital kitaorang pun gerak pegi tamu.
beli makanan sebab dah lapar bangatt ni..

..the end..


psst : hehe, syok nya jumpa ramai 'artis'.. 'a galak' ada, 'siti nurhaliza' ada.., 'ella' pon adaa.. hahahha ;D