Thursday, January 28, 2010

Melihat hidup

salam semua.
masa menulis blog ini,
entah kenapa terasa tenang.
terasa terawang-awang.
mungkin sebab layan lagu jazz,
buat aku rasa ringan.
(walaupon aku ni berat..hikhikhik..)


umur semakin meningkat.,
pemikiran makin berat.
fikiran makin jauh ke depan..,
kadang2 berfikir 20 tahun ke depan.
ooohh!
sangat jauh dan beratnya.!!


tapi apa kaitan dengan tulisan aku kali ini?
(aku merapu ka ini??)


****
begini,
kalau kita re call post2 yang lalu,
aku share benda2 yang negatif.
maksud aku,
problem2 global aku.,
takde kerja,
takde anak,
and maybe,
no life??????


tapi setelah beberapa minggu kbelakangan ni,
aku muhasabah diri.
aku belajar mengenal erti 
hidup ini.


dari situ aku tahu.
manusia ada bermacam2 ragam.
tak semestinya kita boleh jadi,
macam orang tu jadi.
 kan?kan?kan?


takdir kita tak semestinya
kena sama dengan orang lain.
rezeki dan nasib kita 
tak semestinya sama dengan orang lain.


orang lain berjaya,
kita masih dibawah.,
tak bermaksud kita gagal.
tak bermaksud kita tak guna..
mungkin belum hari kita.


mungkin kita belum terokai
diri kita sepenuhnya.
sebab tu kita belum kenal 
positif dan negatif kita.


dari situ aku belajar menerima.
mungkin aku terlambat sedikit.
tapi tak apa.
sebab aku yakin dengan petunjuk Allah...
(^_')...





 ~ kalau memang takdir itu untuk kita, ia akan berjalan pada laluan yang betul... hati tak suka, tapi siapa tahu hikmah disebaliknya? kuasa Allah semuanya...



....

Sunday, January 24, 2010

~ Blog baru saya : BB Cute Corner ~

Salam manis buat semua.
(^_^)


saya dengan ini (esemen, cam nk bt pgumuman raya pla..hik2),
nak umumkan yang saya dah buka
blog baru khas untuk biznes baru saya.
Hope u all suma,
rasa gembira melawat blog saya itu..
hikhikhik..


dan support la usahawan muda
cam aku ni..

(muda lagi kerr??..hukhukhuk)
di jamin berkualiti dan harga pon sangat berbaloi..


HAPPY SHOPPING!!



Thursday, January 14, 2010

hidup yang sesak..(aku sebenarnya yang sesak....)

..sakit kepala aku..
setiap malam asyik benda ni je lah yang aku fikir.
teringat-ingat,
macam orang angau.
terkenang-kenang,
macam orang sasau..(erk? jangan la sasau plak..)

bila lah ye?
aku nak pegang jawatan ni??
bila nak dapat kerja nii!!???!

bosan menunggu.
resume dah hantar..
asyik-asyik aku dengar 'nanti kami akan panggil temuduga'
benci.
satu temuduga ponn belum ada lagi.
penipoo..
nak sedapkan hati orang la tu!
kalau aku tak layak,
inform lah..
tak payah la aku tertunggu,
macam tunggu bulan jatuh.
h'uhh!!

kadang-kadang aku fed up.
orang lain dah maju ke depan,
aku masi di tempat yang sama.
bila aku dengar/baca orang makin advanced,
aku malas nak habis baca, nak habis dengar.
buat aku macam orang bangang.
macam aku tak pergi sekolah.
sekurang-kurangnya aku ada diploma la!!
amik la aku kerja..!!
(cam desperate+bengong+menyampah kan aku? T_T )

semua ni buat aku jeles,
dengan hidup orang yang ada kerjaya.
sekurang-kurangnya dorang ada hasil.
bangga mak bapak.
ada duit sendiri.
aku??
nak bayar ptptn pon tak lepas..
sesak..
sesak...
sekali lagi read my lip..,
SESAK!!!!
(T_T)


* ada kaitan ke lagu ini dengan diriku? arhh, layann aje lah..*

Sunday, January 10, 2010

~ aku yang serba tiada ~

.. aku tak pandai berpuitis.
tapi malam ini hati aku seperti ingin berkata sesuatu.
mungkin ini bukan puisi.
bukan puisi.
tapi lebih kepada bisikan hati.,
....

hati aku,
perasaan aku...
memang Tuhan saja yang tahu.

kadang-kadang aku tertanya,
kenapa rezeki belum berpihak dengan aku?
belum cukup kah aku mengingatiNYA?

atau aku terlalu meminta?
berbuat amalan untuk balasan.
mungkin aku tidak ikhlas..
aku tidak tahu.
untuk segala yang aku lakukan,
aku doa dengan penuh harapan.

mungkinkah Tuhan menguji aku?
haruskah aku terus tabah?

dalam hidup aku,
terlalu banyak benda tertanggung.
dan aku tiada jalan untuk selesaikan semua.
aku tidak nampak jalan itu..

kenapa Tuhan tak tunjukkan jalan,
atau mungkin aku lupa tuk' meminta...
sebab,
aku terlalu banyak meminta.
tidak setimpal dengan amalan yang aku buat..

tulisan ini nampak jahil.
aku faham..
ini cuma bisikan hati.
mungkin juga pengaruh syaitan..

Ya Allah,
ampunkan aku...



Saturday, January 9, 2010

menunggu = waiting (^_^)v

..kemarin pegi hospital..
walaupun masih demam, tetap tegar.
ha..ha..ha..(ketawa dengan nada perlahan..slow motion..)

pergi dengan my sisters~ cik alai dan cik hazwani@kaka.
tujuannya, untuk buka simen kat tangan cik hazwani.
kan patah, jatuh pokok rambutan.
tu lah perangai mengalahkan jantan..
h'uh..

* cik alai & cik hazwani *

kami start terpacak dekat hospital dalam jam 8.30 pagi.
ingatkan urusan nak buka balutan simen ni kejap aje.
sangkaan kami meleset sama sekali..
muka yang lawa.. mau buruk-buruk suda ni bahh.. adehh

* wah.. bulat sungguh muka aku..hua..hua..hua..*

* sesi buka balutan & selepas balutan dibuka *

lepas buka balutan..,
kena suruh tunggu dekat bilik kecemasan.
konon nak jumpa doktor untuk periksa keadaan tulang.

* lepas buka balutan, tunngu doktor..*

tunggu punya tunggu,
sambil tunggu kitaorang sempat gosip-gosip dan gelak-gelak sakan.
sampai ada sorang atendan tu tegur, kitaorang ketawa macam orang kena loteri..
ha..ha..ha..(nada perlahan juga.. ;p)

punyalah lama kitaorang tunggu.
seperti menunggu bulan nak jatuh..
sure tak jatuh punya..

tiba-tiba seorang pembantu perubatan tu panggil.."azwan? mana azwan?'
kami buat bodoh jer.. yelah. nama tu takde kaitan dengan diri kami.
kami sambung cerita lagi.. gelak-gelak lagi..
setengah jam kemudian,
pembantu perubatan yang lain keluar dan..'azwan mana ya? siapa azwan??'
tapi takde jawapan. dan macam biasa kami buat bodoh aje dan sambung aktiviti menunggu.

tetiba aku terasa ada something yang tak kena.
azwan dan hazwani(nama adik aku ni) kan cam serupa je.
pastu baru aku perasan yang nama tu ialah nama adik ku.
antu btul..
sempat lagi aku dan kaka aku, cik alai gaduh-gaduh.
'kau punya pasal la..'..kau lah..' 'tu lah mengumpat jak..'
dan bermacam-macam laagi kat tuduhan di lemparkan.
hahahahahah...

bila dah settle kes 'azwan' tu,
kami pun gerak ke bilik doktor..
doktor cakap 'ermm, tulang baru suda tumbuh, tapi jangan angkat berat-berat..'
bla..bla..bla..bla..

jam 11.30 baru semua urusan selesai.
dah sudah tu,
habis urusan hospital kitaorang pun gerak pegi tamu.
beli makanan sebab dah lapar bangatt ni..

..the end..


psst : hehe, syok nya jumpa ramai 'artis'.. 'a galak' ada, 'siti nurhaliza' ada.., 'ella' pon adaa.. hahahha ;D



Thursday, January 7, 2010

.. hari ini dan semalam...

..sebenarnya aku sendiri pun tak tahu,
apa kaitan tajuk dengan post aku ni..
hik..hik..hik..
sesaja bagi gempak. ;P

begini,
aku sebenarnya macam nak demam.
sakit kepala. tekak pedih.., badan dalam panas-panas.
bukan ka itu simpton-simpton(aishh! susah betul aku nak eja ayat no..aduii!) demam?

lagipun suda lama tak update blog,
jadi nak update la ni.. nak bagi tau aku demam.
doa-doakan lah aku cepat baik..hehehe..

walaupun demam,
tadi aku sempat turun pekan.
beli macam-macam dengan rasa yang sangat tidak selesa.
aku pun tak tau kenapa aku tegar nak turun pekan..

aku beli,
webcam baru..
baju baru..(dua helai lagi..hark..hark..hark..)
eyeliner baru..
getah rambut baru..
sayur-sayuran..ikan..aik.. ini pun nak update kerr? ..sott

ermm,
apa lagi erk?
tadi cina jual webcam tu pasang lagu jay chou kat kedai dia.
terus aku layan.
dulo aku memang minat lagu jay chou.
balik rumah, kelam kabut on9..
buka youtube dan...,,

lagu aku paling rindukan lagu ini.. membuai hati walaupun aku tak faham maksud dia..
layannnnnn...

psst : kepala aku makin terasa berat..huuu T_T

Monday, January 4, 2010

~ selamat bersekolah semula !! ~~

~~ aku baru aje lepas makan tengahari..still on diet.. heee
pas makan aku layan tv.
buka tv terpacul tv3, berita jam1.30.
isunye,
budak-budak sekolah dah kembali bersekolah hari ni..
seronok tengok budak-budak ni.
ada yang excited, ada yang ngada-ngada tak nak pegi sekolah.
mak bapak dia kontrol-kontrol muka memujuk..
al maklum lah masuk tv.. hikhikhik..

tiba-tiba aku teringat,
aku dulo pun sama. memalukan mak bapak.
meraung-raung cam nak kena hukum gantung..
macam nak mati esok..hehhehe..
aku pon tak tau kenapa aku berperangai cam tu?
sebab aku ni manja kot? hikhikhik..
adik aku 1st masuk sekolah rilek je..
siap buat muka selamber dan poyonyee..
macam-macam aje fi'il aku zaman budak-budak..
ish..iish..ish..

aku pernah tanya husband aku,
masa dia 1st masuk sekolah,
dia nangis-nangis ke?
"nda lah..." ringkas dan padat sungguh jawapan itu.. ;p
harap-harap anak aku nanti tak lah mewarisi sikap aku yang ni.
ikut bapa dia aje.
hik..hik.hik..

apa-apa pon,
selamat bersekolah untuk bebudak yang masih bersekolah..
untuk adik aku, kazen-kazen aku dan semualah sedara mara..
belajar rajin-rajin.
biar lulus periksa dengan cemerlang..
amin.

psst: huuuu..aku dah habis belajar.. rindu pula zaman belajar.. =)

Salam Sayang,
~ Suria ~

~~ anak oOOoOo anak..

~~ tetiba di tengah malam syahdu ni aku kepingin yang bukan-bukan..
kalau boleh dapat dengan mudah, takpe jugak..

aku nak anak.
mana nak cari??
ahaha.. senang ke tidak nak dapat tu?

ermmm.,

ni la ni.. kalau ada kat kedai esok pagi buta juga aku pegi beli..
hua..hua..hua..
pilih..pilih..
nak lelaki ker perempuan..?
buduss nye action aku di malam ini..hahah

tapi serius,
aku memang nak anak.
tapi rezeki belum ada.
doa belum dikabul Yang Maha Esa...

takpe la..
satu masa yang tepat nanti, adalah tu..
aku tak memilih, lelaki atau perempuan..aku sebat aje.. hahah

sekarang ni jaga arnab aje lah..
anak angkat..huhuhu..
* sekor nama BLACK sekor pla nama BROWN *


* malu la konon..^^ *


~ ermm.., aku makin selesa dengan blog ini.
sangat selesa dengan 'aku' bukan 'saya'.. =)

uwarrgggg.. aku nak tidur..
mungkin esok ada benda yang menarik untuk aku.
orang sebelah pun dah berbunyi-bunyi..(berdengkur lorr..)

* gudnite..*

psst : esok nak pegi JKR.. ofis mama aku. nak urus sal cuti sakit dia.. errmm..

salam sayang,
~ Suria ~


Saturday, January 2, 2010

~~ deal + diet = ?? ~~

Salam Semuanya!!

~ ahaha!! saya semakin seronok dengan blogging.. hari ni dah masuk dua cerita dalam hidup saya.. Ini yang ke dua =)
~ so, isu diet-diet ni memang dari dulu lagi menjadi topik utama dalam hidup saya. al maklum lah saya ni di kategorikan manusia berbadan 'comel'.hahha. dulu zaman sekolah, saya memang sure tarik muka sape-sape jak start nak kutuk-kutuk keindahan bentuk badan saya ni.. sekarang, buat bodoh adalah jalan yang terbaik. tapi dalam hati mampus la kau mengutuk aku..hahahahha!! jahatnya aku..,
~ kisahnya bermula semalam, saya seperti biasa on9 dan buka YM. so saya YM dengan sepupu saya, ici (bukan nama sebenar..hahah). tiba-tiba isu diet ni timbul dan kami pun buat satu deal untuk menurunkan berat badan. kalau saya kalah saya kena belikan dia teddy bear yang besar. dan kalau dia kalah, dia kena belikan saya dua pasang baju. bulan 4 ni dia balik sabah (dia stadi kat kl). saat itu bermula peasaan saya membuak-buak nak kurus(tak lah kurus, just nak turunkan berat aje..tapi kalau kurus ok jugak!! ;D). start pagi tadi saya mulalah dengan misi saya. No Nasi allowed!! h'ah merah lagi mak ngah!! hehe
~ tengahari saya makan biskut kering 2 keping dan milo+nestum secawan. tapi terasa lapar la pula. saya pun fikir-fikir, 'apa benda nak makan tapi berbaloi?'.. tup-tup saya pandang luar rumah, saya ternampak buah betik yang tengah ranum. heheh. tanpa membuang masa betik tu pun saya ngap!! pastu perut memulas (sebab betik kan kaya dengan serat, cuci perut..) tanpa berlengah - TOILET!!
~ maybe 1st day, memang banyak hal. lama-lama nanti biasalah la tu. harap-harap dalam minggu ni adalah 2-3kg yang turun.
~ ermmmm..,malam ni nak makan apa la pulak? hahahaha!!
..peace no war =)

Suria blogging lagi

..Assalammualaikum Dan Salam Perkenalan..

~ i start blogging again. ini pun atas dorongan kawan-kawan(hehehe). sebenarnya sebelum buat blog ni saya berkira-kira juga. sebab hidup saya sangat boring. saya still jobless. so duduk dekat rumah saja lah. macam takde apa yang nak dikongsikan. ermmm. tapi my BFF said, blogging adalah untuk orang-orang yang boring dan tiada kerja. bila fikir-fikir balik. kenapa tidak? so i decided to make my own blog.
~ dulo-dulo saya seorang yang aktif 'berkongsi rasa'. i called it 'berkongsi rasa' sebab blogging kan macam tempat meluah-luah perasaan, macam diari. saya aktif masa zaman-zaman kolej dulu. biasalah kehidupan kolej. full dengan macam-macam peristiwa. jumpa berbagai ragam manusia. maka jari ku aktif menaip keyboard. kalau marah dengan seseorang, saya berkongsi di blog. suka kat orang, kongsi juga di blog. hehehe. selalunya saya post blog melalui friendster dan facebook.
~ sejak habis belajar dan bekahwin (yap, i' married now.. hhee) dan tambahan lagi belum dapat kerja.. (cian kat aku)memang hidup saya sangat slow. my life hanya di rumah. buat kerja-kerja rumah. tiada masa untuk keluar jalan-jalan. at the same time, saya menjaga mama saya yang sakit. so memang tiada peluang untuk ke dunia luar. dapat keluar pun sekali sekala. itu pun kalau ada acara yang kena pergi.
~ jadi.., welcome to me yang kembali ke dunia blog!! (clap-clap ur hand.. hehehhee). insyaallah di masa-masa yang mendatang blog saya akan berkembang maju macam dulu (cam biznes la pula)..hehehe.. Adios!

psst : jangan lupa add saya di facebook : B Suria Sari (emel: suri_julian@yahoo.com)