Monday, February 1, 2010

Berhenti

Salam,
aku dah berazam.
yang aku akan kurangkan melayan fb 
dan apa2 saja rangkaian network
yang seumpamanya.

sebab=
1. aku dah bosan
2. aku sakit hati
3. aku dah malas..

aku rasa dalam hidup ni banyak benda lain
lagi nak buat.
kadang2 kerana sgt sbuk melayan fb..,
kerja lain tak siap-siap.

kadang2 terasa nak delete akaun fb.
tapi nda payah la kali..
aku just nak mengurangkan on9.
sekali sekala saja kot..

oklah.
tu ja untuk kali ni.
bukan ada orang baca gak pon..
ermmm..

wasalam.

Thursday, January 28, 2010

Melihat hidup

salam semua.
masa menulis blog ini,
entah kenapa terasa tenang.
terasa terawang-awang.
mungkin sebab layan lagu jazz,
buat aku rasa ringan.
(walaupon aku ni berat..hikhikhik..)


umur semakin meningkat.,
pemikiran makin berat.
fikiran makin jauh ke depan..,
kadang2 berfikir 20 tahun ke depan.
ooohh!
sangat jauh dan beratnya.!!


tapi apa kaitan dengan tulisan aku kali ini?
(aku merapu ka ini??)


****
begini,
kalau kita re call post2 yang lalu,
aku share benda2 yang negatif.
maksud aku,
problem2 global aku.,
takde kerja,
takde anak,
and maybe,
no life??????


tapi setelah beberapa minggu kbelakangan ni,
aku muhasabah diri.
aku belajar mengenal erti 
hidup ini.


dari situ aku tahu.
manusia ada bermacam2 ragam.
tak semestinya kita boleh jadi,
macam orang tu jadi.
 kan?kan?kan?


takdir kita tak semestinya
kena sama dengan orang lain.
rezeki dan nasib kita 
tak semestinya sama dengan orang lain.


orang lain berjaya,
kita masih dibawah.,
tak bermaksud kita gagal.
tak bermaksud kita tak guna..
mungkin belum hari kita.


mungkin kita belum terokai
diri kita sepenuhnya.
sebab tu kita belum kenal 
positif dan negatif kita.


dari situ aku belajar menerima.
mungkin aku terlambat sedikit.
tapi tak apa.
sebab aku yakin dengan petunjuk Allah...
(^_')...





 ~ kalau memang takdir itu untuk kita, ia akan berjalan pada laluan yang betul... hati tak suka, tapi siapa tahu hikmah disebaliknya? kuasa Allah semuanya...



....

Sunday, January 24, 2010

~ Blog baru saya : BB Cute Corner ~

Salam manis buat semua.
(^_^)


saya dengan ini (esemen, cam nk bt pgumuman raya pla..hik2),
nak umumkan yang saya dah buka
blog baru khas untuk biznes baru saya.
Hope u all suma,
rasa gembira melawat blog saya itu..
hikhikhik..


dan support la usahawan muda
cam aku ni..

(muda lagi kerr??..hukhukhuk)
di jamin berkualiti dan harga pon sangat berbaloi..


HAPPY SHOPPING!!



Thursday, January 14, 2010

hidup yang sesak..(aku sebenarnya yang sesak....)

..sakit kepala aku..
setiap malam asyik benda ni je lah yang aku fikir.
teringat-ingat,
macam orang angau.
terkenang-kenang,
macam orang sasau..(erk? jangan la sasau plak..)

bila lah ye?
aku nak pegang jawatan ni??
bila nak dapat kerja nii!!???!

bosan menunggu.
resume dah hantar..
asyik-asyik aku dengar 'nanti kami akan panggil temuduga'
benci.
satu temuduga ponn belum ada lagi.
penipoo..
nak sedapkan hati orang la tu!
kalau aku tak layak,
inform lah..
tak payah la aku tertunggu,
macam tunggu bulan jatuh.
h'uhh!!

kadang-kadang aku fed up.
orang lain dah maju ke depan,
aku masi di tempat yang sama.
bila aku dengar/baca orang makin advanced,
aku malas nak habis baca, nak habis dengar.
buat aku macam orang bangang.
macam aku tak pergi sekolah.
sekurang-kurangnya aku ada diploma la!!
amik la aku kerja..!!
(cam desperate+bengong+menyampah kan aku? T_T )

semua ni buat aku jeles,
dengan hidup orang yang ada kerjaya.
sekurang-kurangnya dorang ada hasil.
bangga mak bapak.
ada duit sendiri.
aku??
nak bayar ptptn pon tak lepas..
sesak..
sesak...
sekali lagi read my lip..,
SESAK!!!!
(T_T)


* ada kaitan ke lagu ini dengan diriku? arhh, layann aje lah..*

Sunday, January 10, 2010

~ aku yang serba tiada ~

.. aku tak pandai berpuitis.
tapi malam ini hati aku seperti ingin berkata sesuatu.
mungkin ini bukan puisi.
bukan puisi.
tapi lebih kepada bisikan hati.,
....

hati aku,
perasaan aku...
memang Tuhan saja yang tahu.

kadang-kadang aku tertanya,
kenapa rezeki belum berpihak dengan aku?
belum cukup kah aku mengingatiNYA?

atau aku terlalu meminta?
berbuat amalan untuk balasan.
mungkin aku tidak ikhlas..
aku tidak tahu.
untuk segala yang aku lakukan,
aku doa dengan penuh harapan.

mungkinkah Tuhan menguji aku?
haruskah aku terus tabah?

dalam hidup aku,
terlalu banyak benda tertanggung.
dan aku tiada jalan untuk selesaikan semua.
aku tidak nampak jalan itu..

kenapa Tuhan tak tunjukkan jalan,
atau mungkin aku lupa tuk' meminta...
sebab,
aku terlalu banyak meminta.
tidak setimpal dengan amalan yang aku buat..

tulisan ini nampak jahil.
aku faham..
ini cuma bisikan hati.
mungkin juga pengaruh syaitan..

Ya Allah,
ampunkan aku...