Monday, December 10, 2012

K.O.S.O.N.G

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh people..?

sesungguhnya aku sedar,
bahawa Tuhanku sedang menguji hambaNya yang hina ini melalui perasaan yang ku alami kini...,

KOSONG.

kedengaran seperti lagu popular si penyanyi itu, KOSONG yang aku rasakan ini memang sangat mengosongkan.

kenapa?
Sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui apa yang tersirat di hati ku ini dan aku hanya mampu mencoretkan rasa keKOSONGan ini di blog aku yang sepi untuk melegakan diri sendiri.

terasa kejujuran di entri aku malam ini
*ahakss!!*

aku sangat drama malam ini. *pengsan*

"Ya Allah. Tenangkan lah hati ku ini. Peliharalah jiwa kosong ini. Aku perlu kan Mu" aaaminn *tadahtangan*

terima kasih kerana membaca entri ini :)

Monday, November 26, 2012

cuti-cuti malaysia

Salam.

sempena cuti sekolah ni, kamurang pigi mana?? kami pigi kihillllll!!! okbai!

hahaha

#sekarangonthewaykeMelaka

Saturday, November 17, 2012

3 tahun 4 bulan

Assalammualaikum.

just a simple entry.

hanya untuk meluah rasa.

*sigh**

".. 3 tahun 4 bulan., doa demi doa. Tapi nampaknya doaku belum dikabulkan.."

Terima Kasih.


Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

Assalammualaikum.

Belum agak terlambat..,

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1434H untuk semua pembaca (adakah yang baca blog aku? kuikuikuii) blog saya yang tak seberapa ini.

Harapan saya di tahun baru ni, semoga diri ini menjadi lebih baik dari sebelum ini. saya juga berharap saya akan menjadi manusia yang lebih ikhlas dalam melakukan ibadah kepada yang Esa.

Wasalam :)

Monday, November 12, 2012

Doa Memohon Dikurniakan Zuriat

Assalammualaikum.

hari ini saya mau berkongsi bukan satu tapi dua doa yang saya dapat dari blog seorang Ustaz. Lepas minta izin untuk kongsikan doa-doa tersebut, saya pun buatlah entry ni. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

ok mari mulakan.

Doa-doa tersebut boleh dilakukan di 2 tempat, iaitu :

1. tempat sendiri(tempat asal)

setiap kali lepas solat bacakan doa-doa berikut diikuti istiqfar sebanyak 100 kali

رَبِّيْ لاَ تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِيْنَ

maksudnya : Ya Tuhanku, janganlah biarkan aku keseorangan dan Engkaulah sebaik-baik yang mewarisi

رَبِّيْ إِنِّيْ لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيْرٍ

Tuhanku sesungguhnya aku adalah dari apa yang telah Engkau tetapkan padaku dan sebaik-baik orang yang faqir

Bacalah istiqfar banyak-banyak

أََسْتَغْفِرُاللهَ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا

Aku minta ampun pada Allah dan sesungguhnya Dia yang maha memberi taubat.

manakala cara ke dua pula.,

2. ketika berada di Mekah (mengerjakan umrah)

dengan doa-doa yang sama seperti di atas,
bacalah doa-doa tersebut semasa melakukan tawaf dan beristiqfar sebanyak mungkin.

jom kita cuba. Insyaallah dengan doa dan usaha yang kita lakukan beserta tawakal kepada Allah SWT, disatu masa yang tepat Allah pasti akan memakbulkan doa-doa kita. yakin. Insyaallah :)

oh ya, kalau readers mau jenguk-jenguk blog ustaz tu boleh saja pergi ke link dibawah ini ;

http://www.ustazamin.com/2012/07/bicara-ilmu-84-doa-untuk-mendapatkan.html?showComment=1352729998733&m=1

terima kasih kerana membaca :)

-gambar ehsan gogel-