Showing posts with label hidup ini. Show all posts
Showing posts with label hidup ini. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

Bisikan doa yang ku hantar

Ya Allah..,
capai lah tangan ku ini,
yang ku hembuskan bisikan doa dan ku hantar padaMU.
untuk segala impian mimpi indah..,
yang ku bawa ku angan bersama hirupan nafasku setiap hari.

sambutlah kiriman doa ku ini..
Ya Allah..





Thursday, May 5, 2011

Salam

mood hari ini (tiba-tiba..)

"SAYA SANGAT BERSYUKUR ALHAMDULILLAH DIKURNIAKAN ALLAH SWT SUAMI YANG BAIK :)"

doa adalah kunci kehidupan kita di masa depan,
jadi berdoalah
kerana
ALLAH SWT MAHA MENDENGAR dan MENGABUL DOA
amin ya RABB

Thursday, April 7, 2011

mati itu pasti

Salam,
Pernah anda memikirkan tentang kematian?
recently,
im thinking about it too much....



Wednesday, February 23, 2011

kesibukan

salam.
apa kabar dunia?
sebenarnya,
aku pun no idea apa nak dituliskan dientri kali ni.
hidup ku sangat sibuk.
aku sangat kesibukan.
trust me,
i work 24/7 !!
no holiday. no quality time with the family.
NO LIFE!!!!!
h'uhhh..

sekarang,
aku kena keja malam la plak..
weiii!!
ingat aku xda rumah tangga nak urus ka??
mau minta naik gaji begini ni..


[cilok dari encik google la mcm tak biasa..huhu]

sekarang aku in the mood membuat jadual hidup aku yang baru
aku nak buat sabtu dan ahad adalah hari cuti aku.
biarlah isnin sampai jumaat tu aku tertunggang langgang di ofis.
yang penting sabtu ahad aku ada life.

adioss.

Wednesday, January 12, 2011

Saya sudah bekerja

Salam.
Wah..wah..wahh..
Nampak tajuk di atas itu?
yap!
Saya sudah bekerja.
Jawatan apa?
Jawatan biasa-biasa saja.
Government ka? Swasta?
ermm, Government la kiranya..
Gaji berapa?
Gaji?? Tengok slip gaji nanti hujung bulan..
Lokasi pejabat?
Beaufort ku
Tarikh mula bekerja?
11.1.11 [wahhhh i like!!!!!!!!!]


Kelihatannya tahun 2011 sepertinya tahun rezeki buat diriku.
Alhamdullillah.
Ku harapkan rezeki yang 'lain' yang jadi wishlist aku tahun lalu akan tercapai
ditahun 2011 ini.

Amin Ya Rabb

Blogger Templates

Tuesday, October 19, 2010

Sebenar aku : Independent & Defensive

salam uols.
hari ni tiba-tiba terasa hendak berkongsi.,
serba sedikit tentang diriku..[aisehh].
tapi kongsi yang general jak la.
no paswud akaun bank, no paswud fesbuk ka..

Thursday, January 28, 2010

Melihat hidup

salam semua.
masa menulis blog ini,
entah kenapa terasa tenang.
terasa terawang-awang.
mungkin sebab layan lagu jazz,
buat aku rasa ringan.
(walaupon aku ni berat..hikhikhik..)


umur semakin meningkat.,
pemikiran makin berat.
fikiran makin jauh ke depan..,
kadang2 berfikir 20 tahun ke depan.
ooohh!
sangat jauh dan beratnya.!!


tapi apa kaitan dengan tulisan aku kali ini?
(aku merapu ka ini??)


****
begini,
kalau kita re call post2 yang lalu,
aku share benda2 yang negatif.
maksud aku,
problem2 global aku.,
takde kerja,
takde anak,
and maybe,
no life??????


tapi setelah beberapa minggu kbelakangan ni,
aku muhasabah diri.
aku belajar mengenal erti 
hidup ini.


dari situ aku tahu.
manusia ada bermacam2 ragam.
tak semestinya kita boleh jadi,
macam orang tu jadi.
 kan?kan?kan?


takdir kita tak semestinya
kena sama dengan orang lain.
rezeki dan nasib kita 
tak semestinya sama dengan orang lain.


orang lain berjaya,
kita masih dibawah.,
tak bermaksud kita gagal.
tak bermaksud kita tak guna..
mungkin belum hari kita.


mungkin kita belum terokai
diri kita sepenuhnya.
sebab tu kita belum kenal 
positif dan negatif kita.


dari situ aku belajar menerima.
mungkin aku terlambat sedikit.
tapi tak apa.
sebab aku yakin dengan petunjuk Allah...
(^_')...





 ~ kalau memang takdir itu untuk kita, ia akan berjalan pada laluan yang betul... hati tak suka, tapi siapa tahu hikmah disebaliknya? kuasa Allah semuanya...



....

Thursday, January 14, 2010

hidup yang sesak..(aku sebenarnya yang sesak....)

..sakit kepala aku..
setiap malam asyik benda ni je lah yang aku fikir.
teringat-ingat,
macam orang angau.
terkenang-kenang,
macam orang sasau..(erk? jangan la sasau plak..)

bila lah ye?
aku nak pegang jawatan ni??
bila nak dapat kerja nii!!???!

bosan menunggu.
resume dah hantar..
asyik-asyik aku dengar 'nanti kami akan panggil temuduga'
benci.
satu temuduga ponn belum ada lagi.
penipoo..
nak sedapkan hati orang la tu!
kalau aku tak layak,
inform lah..
tak payah la aku tertunggu,
macam tunggu bulan jatuh.
h'uhh!!

kadang-kadang aku fed up.
orang lain dah maju ke depan,
aku masi di tempat yang sama.
bila aku dengar/baca orang makin advanced,
aku malas nak habis baca, nak habis dengar.
buat aku macam orang bangang.
macam aku tak pergi sekolah.
sekurang-kurangnya aku ada diploma la!!
amik la aku kerja..!!
(cam desperate+bengong+menyampah kan aku? T_T )

semua ni buat aku jeles,
dengan hidup orang yang ada kerjaya.
sekurang-kurangnya dorang ada hasil.
bangga mak bapak.
ada duit sendiri.
aku??
nak bayar ptptn pon tak lepas..
sesak..
sesak...
sekali lagi read my lip..,
SESAK!!!!
(T_T)


* ada kaitan ke lagu ini dengan diriku? arhh, layann aje lah..*

Sunday, January 10, 2010

~ aku yang serba tiada ~

.. aku tak pandai berpuitis.
tapi malam ini hati aku seperti ingin berkata sesuatu.
mungkin ini bukan puisi.
bukan puisi.
tapi lebih kepada bisikan hati.,
....

hati aku,
perasaan aku...
memang Tuhan saja yang tahu.

kadang-kadang aku tertanya,
kenapa rezeki belum berpihak dengan aku?
belum cukup kah aku mengingatiNYA?

atau aku terlalu meminta?
berbuat amalan untuk balasan.
mungkin aku tidak ikhlas..
aku tidak tahu.
untuk segala yang aku lakukan,
aku doa dengan penuh harapan.

mungkinkah Tuhan menguji aku?
haruskah aku terus tabah?

dalam hidup aku,
terlalu banyak benda tertanggung.
dan aku tiada jalan untuk selesaikan semua.
aku tidak nampak jalan itu..

kenapa Tuhan tak tunjukkan jalan,
atau mungkin aku lupa tuk' meminta...
sebab,
aku terlalu banyak meminta.
tidak setimpal dengan amalan yang aku buat..

tulisan ini nampak jahil.
aku faham..
ini cuma bisikan hati.
mungkin juga pengaruh syaitan..

Ya Allah,
ampunkan aku...