Showing posts with label my TTC. Show all posts
Showing posts with label my TTC. Show all posts

Friday, February 22, 2013

wahai period ku

Assalammualaikum

Salam Hari Jumaat

apa mau buat ni? period buat perangai lagi! aishh!!ni yang malas. asal lambat datang mula la hati bebisik-bisik, "pregnant ka aku??" tapi otak pula cakap "aishhh mesti period aku kongkang lagi ni bulan. perasan pregnant"

aduduhh hidup dalam tanda tanya itu sangat menyeksakan ok! malas sebenarnya mau buat UPT test, selalu cek negatif memanjang. rasa membazir pula. aishhhh

pastu breast sakit2 macam mau period tapi period nya nda keluar-keluar. pastu di bahgian rahim kejap-kejap cramp. memberi harapan sangat..

tunggu sajalah lewat sampai 1 bulan. kalau tiada period juga, cek dulu. kalau negatif juga, ndala ku faham...

ya Allah kasihani la hamba Mu yang banyak berdosa padaMu ini.., turunkanlah period aku kalau aku ini mda pregnant. aminnnn.
*boledoacamtu??hehe*

Sunday, January 20, 2013

usahaku

Assalammualaikum

hari minggu ni, kalau tiada apa yang mau dibuat, bizi kan diri dengan melawat blog-blog tentang TTC. pastu mula la drama sorang-sorang. aihh.. seronok juga baca kawan-kawan yang berTTC berjaya mengandung akhirnya setelah berbagai-bagai usaha dibuat. siuknyaaaa. bila lah turn aku kan sob sob sob. drama lagi aihh..

macam manala pengalaman pertama nampak 2 line merah tu kan ? macam mana pula perasaan aku nanti bila nampak 2 line tu kan? gembira ka? pengsan ka? teruja ka? terdiam ka? aihhh... bila la waktu akan datang. datang la cepat *tadah tangan*

dulu aku sangat tertutup bercerita perihal anak ni. kalau bole aku nda mau kongsi apa aku rasa sebab belum ada anak sendiri. aku just kongsi dengan suami. dengan mak bapa aku pun aku malas mau cerita. sebab memang aku bukan suka kongsi benda-benda peribadi. lebih suka tanggung sendiri. masalah sendiri kan nda mau bebankan orang lain. :(

tapi lepas hampir 4 tahun ni, fikiran makin terbuka. hati makin redha. diri makin menerima. jadi aku lepaskan hati aku yang tertutup ni untuk dibuka sedikit. aku mula berani untuk berkongsi sedikit rasa tentang perasaan belum mempunyai zuriat sendiri. harap-harap dapatlah aku melegakan sedikit rasa sedih dan ternanti-nanti ni. aku tidak meminta perhatian hanya perkongsian rasa mungkin ada kawan-kawan diluar sana terbaca blog ku ini dan mungkin kami 'satu kapal' jadi kami boleh berkongsi tips atau apa-apa saja dalam usaha mendapatkan zuriat. sharing is caring kan :)

sebenarnya panjang betul mukadimmah aku kan. tujuan sebenar entri hari ni adalah seperti tajuk utama (skema nya hihihi).

Usahaku.

Ya aku mau senaraikan usaha-usaha yang sedang aku dan suami lakukan untuk mendapatkan zuriat pewaris keturunan kami. Selain doa-doa, kami juga mengambil supplement untuk kesihatan dalaman. so di sini alu senaraikan supplement yang kami ambil :

Evening Primrose Oil (isteri)
- EPO ni aku ambil sebab period aku sangat tidak teratur. bila aku google dan baca blog-blog TTC makanya aku pun makan la EPO ni. bagi aku memang ada kesan sebab bulan-bulan aku datang period. sebelum ni 3-4 bulan baru ada. aku baru makan untuk 3 bulan.

Blackmores Multivitamin & Minerals
- baik untuk kesihatan dalaman. iya la nak dapat baby kan kena sihat. kalau sakit camna mau dapat?? yang ni aku dan suami makan sama-sama. sebiji sehari saja.

Speman Himalaya
- suplement ni suami yang makan. ni pun aku dapat tau kebaikannya dari blog-blog TTC yang berjaya hamil. suplement ni baik untuk meningkatkan kualiti sperma dari segi kepekatan, sperm count dan motility.

lumiglow
- ni aku dapat dari facebook. ramai yang berjaya katanya. jadi aku pun try la. baru seminggu pakai. belum nampak kesan lagi.

Jus perawan Dherbs
- ni aku memang suda lama consume. memang bagus la untuk kesihatan dalaman wanita terutama untuk yang suda berumah tangga. yang aku boleh cakap jus ni membantu dalam mengharmonikan lagi 'hubungan' suami isteri. paham-paham la ya hihihi :)

Arjuna Maxx Dherbs
- ni pun sama macam di atas. dan ini untuk si suami.

jadi inilah usaha-usaha kami. aku mau try Shatavari Himalaya punya suplement juga tapi nanti la tunggu lepas period. tapi period aku belum sampai lagi. aik? jeng jeng jeng. semoga ada berita baik. Aaaaminnnnnn

Monday, November 12, 2012

Doa Memohon Dikurniakan Zuriat

Assalammualaikum.

hari ini saya mau berkongsi bukan satu tapi dua doa yang saya dapat dari blog seorang Ustaz. Lepas minta izin untuk kongsikan doa-doa tersebut, saya pun buatlah entry ni. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

ok mari mulakan.

Doa-doa tersebut boleh dilakukan di 2 tempat, iaitu :

1. tempat sendiri(tempat asal)

setiap kali lepas solat bacakan doa-doa berikut diikuti istiqfar sebanyak 100 kali

رَبِّيْ لاَ تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِيْنَ

maksudnya : Ya Tuhanku, janganlah biarkan aku keseorangan dan Engkaulah sebaik-baik yang mewarisi

رَبِّيْ إِنِّيْ لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيْرٍ

Tuhanku sesungguhnya aku adalah dari apa yang telah Engkau tetapkan padaku dan sebaik-baik orang yang faqir

Bacalah istiqfar banyak-banyak

أََسْتَغْفِرُاللهَ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا

Aku minta ampun pada Allah dan sesungguhnya Dia yang maha memberi taubat.

manakala cara ke dua pula.,

2. ketika berada di Mekah (mengerjakan umrah)

dengan doa-doa yang sama seperti di atas,
bacalah doa-doa tersebut semasa melakukan tawaf dan beristiqfar sebanyak mungkin.

jom kita cuba. Insyaallah dengan doa dan usaha yang kita lakukan beserta tawakal kepada Allah SWT, disatu masa yang tepat Allah pasti akan memakbulkan doa-doa kita. yakin. Insyaallah :)

oh ya, kalau readers mau jenguk-jenguk blog ustaz tu boleh saja pergi ke link dibawah ini ;

http://www.ustazamin.com/2012/07/bicara-ilmu-84-doa-untuk-mendapatkan.html?showComment=1352729998733&m=1

terima kasih kerana membaca :)

-gambar ehsan gogel-