Monday, October 8, 2012

Masterchef Malaysia

Salam.
Saya suka tengok Masterchef. Saya suka iklan yang ada chef Ezani tu. tapi dalam MC2 ni saya tak suka Dean. Dean busuk hati mulut jahat. Sekian terima kasih :)

psst: saja-saja je buat post hehehe

terima kasih kerana membaca

Sunday, October 7, 2012

Makan Sushi

Salam.
Kemarin turun KK (Kota Kinabalu) dengan kakak & cousin. Jadi terus ke 1B sebab nak melantak sushi kan. mengidam sangat sebab dekat Beaufort takde Sushi King hahaha
Ngam sangat kami memang lapar tahap kebulur jadi takde singgah-singgah shop lain lurus je pegi Sushi King. Lapar katanya.
Sampai je order green tea untuk 4 orang dan sesi melantak pun bermula. Serius melantak tak sedar tau. Dari perbuatan kami yang kelam kabut grab sushi dari benda berpusing tu, memang tak ingat. Entah-entah uncle meja sebelah naik heran tengok kami macam berlumba-lumba nak makan. Lapar uncle, sabar ajela ya..
jadi yang lain-lainnya layan aje la gambar seterusnyaaaa...



terima kasih kerana membaca :)
Feveret ni, tapi tak tau nama...
Kelaparan tahap melantak
Feveret juga.. isi ayam goreng dililit keju ..
Akak sorang ni 1st time makan sushi tapi bole masuk.. bagus-bagus
Sesi mengira bajet dan isi piring-piring yang telah dibaham haha
Ni pun sedap.. isi ketam

Friday, October 5, 2012

Wordless Thursday : The BM

Thursday, October 4, 2012

Apa itu ?

Salam.
Jeng..jeng..jenggg hehheehee 😄
seronoknya rasa dalam hati bila benda yang diidam-idamkan berada dalam genggaman. hehe over nya aku. cuba tengok, apa itu??
dapat teka? ok, itulah dia BM atau Bread Maker. sebenarnya hari tu aku mau buat post pasal pasal wishlist untuk bulan oktober. Pastu semalam saja ingat-ingatkan encik A tentang 'janjinya' itu.. skali lagi jahat nya aku 😁
Jadi pagi tadi bangun awal sebab mau pergi pasar beli barang dapur, then encik A request aku singgah jap tempat kerja dia untuk ambik duit belanja. aku pun lenggang-lenggang kangkung sebab mau kena bagi duit kan .. siapa nda suka? 😜
lepas bagi duit belanja, tiba-tiba encik A bagi duit lebih ratus-ratus. Aik? apa kah ini? dapat bonus ka? rupanya suruh aku pergi beli BM .. cair akak 😍 tak sangka encik A mengotakan janjinya dalam jangka masa yang cepat. Sebenarnya, aku memain saja tak sangka pula dikabulkan. ooo sukaaaa!!
BM ni aku beli dari Cosway brand Empress. aku ahli tegar cosway jadi dapat murah sikit la. Harga retail RM400++ tapi kalau member dapat RM309 + 5RP. kalau guna 72RC boleh dapat free. kira redeem la. tapi RC aku belum banyak lagi jadi guna RP la.. huh, panjang cerita tapi kalau belum nampak hasil rotinya tak guna jugak kan? hehehe okla. nanti aku sambung lagi next entry sekali dengan gambar rotinya. hehe tak sabarr !! 😝

terima kasih kerana membaca :)

Wednesday, October 3, 2012

This is not a wordless Wednesday

salam.
terlalu lama blog ini bersawang.. hari ini aku kembali!! hhaahha
nekad aku akan kembali aktif bebelog. tengok! background pun suda tukar. banner pun tukar. nama pun tukar! aiyaaa
saja-saja tukar selera la kunun.
post for this early october 2012 ialah,
muka sangap si mucici makan rumput. teringin jadi kambing tu la pasal.
okla. ini merapu.

terima kasih kerana membaca :)